Tuesday, February 21, 2012

MUNGKIN ITU.

Mungkin kita takut.
Mungkin kita segan.
Mungkin kita tidak mahu mencuba.
Mungkin kita sudah penat.
mungkin juga kita lebih rela menyepi.
Tapi siapa tahu.
Bisik hati.
Gelora jiwa.
Yang sering mengganggu.
Kita tahu,
masih ada bicaranya,
masih tertunggak janjinya,
masih belum berbayar baktinya,
budinya dan jasanya.
Mungkin kita telah berserah.
Redha dan pasrah kepada takdir yang membawa.
Yakin akan ketentuannya.
Siapa tahu,
Kelak atau setibanya nanti,
Mata kita pasti menembusi,
Kau dan aku.
Penjelasan yang satu.

Monday, February 20, 2012

Kisah se-Isi Dunia.

Semalam.
Semalam itu pengorbanan.
Semalam itu penjelasan.

Hari ini.
Hari ini perjuangan.
Hari ini perlakuan.

Masa dan harta,
Takkan mungkin berjumpa.
Dek ruang mahupun waktu.

Gundah-gelana.
Pasti memburu.
Jika kau gagal berlari.

Apa kau mengejar harta?
Apa kau cuba mengatasi masa?
Sejauh mana kau mampu berlari?
Suatu detik, kau pasti kan berhenti.

Hai Sang juara.
Jaguh kah engkau?
Piala apa yang kau sanjung?
Pangkat apa yang pegang?

Biar berlian,
Biar permat,
Biar emas,
Menjadi tawanan kau.
Masih, masih dan masih,
Belum puas kau menagih.
Apa kau tahu sebabnya?
Apa kau kaji kebenarannya?

Mungkin saja kau lupa.
Mungkin kau terleka.
Terbuai dek mimpi dunia.

Bukalah hatimu hai sang juara,
Pejam kan matamu.
Bisu kan dirimu.
Sebentar, sekejap dan sedetik.

Sedarlah hai hati yang bergelora,
sedarlah,

Masa dan harta,
Masa dan harta,
Juga punya pencipta.
Juga punya pemiliknya,

Dia lah yang memberi.
Dia lah yang menarik kembali.

Jika kau redha,
Jika kau tabah,
Jika kau sabar,
Dan jika kau ikhlas,
Tempuhi, rintangi
duri,

kelak kau perolehi.
Kau perolehi.
Bukan satu, bukan dua.
Bukan juga tiga mahupun berganda.
Tapi suatu yang lebih tinggi darjatnya.

Janganlah,
Khazanah dunia kau terokai,
Bekalan akhirat kau lupa,

Kerna yang bermakna itu,
Kerna yang abadi itu,
Syurga.
Syurga janjianNya.

Jika kau pasti,
Teruskan berdiri,
Bangkit dan mula kan lah langkahmu.

Namun jika kau masih sangsi,
Hiasi jiwa mu,
Sebagai hamba Ilahi.

Friday, February 17, 2012

It Is.

Its been a while.
 And i do knew we've stumbled on our own ways.
 I pray u'll be strong. And even stronger
. My prayers will always be with you. May everything be fine for you. 
how're you? Its in my wishlist.
 Stay strong and be good. 
I wrote. Hoping u'll know.
 In certain, i felt u. 
And i wish u'll be here. 
Cz in anyways, i tend to find u when it comes to my tears.
 Maybe bcz u"ve been my cheers.
 But, Dear God, may the best be for the rest. 

Rasa yang Dikejut

Sedang aku leka tertewa,
ku pulang dengan nada gembira,
tiada ku hiraukan sesiapa,
kerna itu la aku sesungguhnya.
sudah puas aku bekerja untuk hati.
aku penat. aku lelah.
siapa sangka hariku kan bertukar.
tidak ku sangka. atau mungkin saja aku terlupa.
atau mungkin aku terlepas pandang.
si dia yang di sakiti.
dan si dia yang menyakiti.
tak cukup kau beri luka pada keadaan.
kau tambah kan parah yang ada.
ku pinta.
jika benar kau mencintai.
berdiri dan yakini.
kita. dan kami.
tulus ikhlas, dan yang berharap,
aku,
si penjaga hati.