Pernah aku berharap,
Pernah aku melabur impian,
Pernah aku melukis mimpi,
Harapan ku terbentang luas,
Ingin ku meraih kejayaan,
Usaha aku pertaruhkan,
Biar aku digelar buas,
Namun, hanya satu aku mahu,
Kejayaan,
Tersungkur aku,
Bagai terkena tamparan hebat,
Tercampak aku di lautan bayangan,
Terjatuh aku,
Bagai di lempar ke hamparan keseksaan,
Air mata bukan lagi penyambung nyawa,
Terkapai aku kini,
Tersadai aku di sini,
Menanti esok dan seterusnya,
Tiada lagi cerita indah,
Hilang semua gelak dan tawa,
Di manakah hilangnya?
Kau punya jawapannya,
Sambut tanganku,
Hadirkan dirimu,
Hanya kau yang mampu,
Menimbus diri ku kembali,
Menegak kaki ku untuk berdiri,
Memimpin ku hanya seperti,
Kau memahami,
Rayuku, Pohonku,
Hanya kau yang mampu,
Hanya kau yang ku tunggu,
Bangkitkan diri ku,
Seperti aku ynag dahulu.
No comments:
Post a Comment