Sunday, May 8, 2011

JIWA ZERO


Hai ketua segala rasa,
Mengapakah engkau menderita,
Bersyukur kah engkau padaNya?
Usah kau tangisi amarahnya.
Kelak kau disambar hina.
Hai penghulu segala bicara,
Mengapakah engkau merana?
Tidak mahu kah engkau tertawa?
Usah kau mengejarnya.
Leka dan alpa hujung pangkalnya.
Ku tahu engkau mengerti,
Ku tahu engkau memahami,
Ku mahu engkau sedari,
Ku mahu kau merealisasi,
Masanya harus kau nanti,
Sabar dan tabah harus kau semadi,
Segala pengakuan pasti terbukti nanti,
Usah kau peduli,
Usah kau ragui,
Terus lah berdiri,
Amarah bukan jalannya,
Dendam tidak kan bisa,
Mengaut segalanya,
Meruntuh hiba dan sisa cerita,
Nyah kan kesabaranmu,
petikkan ketabahanmu,
Kau la segalanya,

No comments: