Ku biarkan ia berlalu,
Walau sendiri tidak mahu,
Namun itu pintamu,
Mungkin itu yang kau tunggu,
Tiada ku khabarkan,
Pada nya dunia,
Mengapa dan bagaimana,
Siapa dan apa,
Tiada ku ceritakan,
Cuma pahitnya senyuman,
Melakari keindahan,
Terbang lah si rama-rama,
Melihat sebelahnya dunia,
Mungkinkah kau kan gembira?
Mungkinkah kau bersamanya?
Mungkinkah kau kan tertawa?
Kau punya jawapannya,
Terbanglah si rama-rama,
Membina semula rasa,
Menulis semula hikayat jiwa,
Melukis kembali,
Mewarnai,
Andai kau kembali,
Ketahuilah ku masih disini,
Menanti,
Dan terus menanti,
Kerna itulah yang pasti,
Ceritanya disini,
Kekal terpatri,
Sungguh aku disini.
No comments:
Post a Comment